Pengenalan

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Ianya memerlukan latihan yang kerap dan ahli gimnastik selalunya diberi pendedahan sejak usia 3 tahun bagi memastikan bentuk tubuh badan yang sesuai untuk menjadi atlit gimnastik.

Asal-Usul
Sukan ini dimajukan daripada amalan kesihatan dan kecantikan yang digunakan oleh Yunani, termasuklah kemahiran menunggang dan turun dari kuda serta skil prestasi sarkas. Di masa lampau, latihan yang dilakukan di dalam konteks satu gimnasium, satu tempat bagi pendidikan intelektual dan fizikal. Sukan ini juga dianggap sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan yang teruk.

Disiplin
Gimnastik Moden , seperti yang dikawal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa menggabungkan enam disiplin yang berbeza:
* Gimnastik artistik (lanjutannya diklasifikasikan sebagai Gimnastik artistik lelaki dan wanita
* Gimnastik berirama
* Sukan aerobik
* Sukan akrobatik
* Trampolin
* Gimnastik Umum
* Power Tumbling





 

©Copyright 2011 My Life | TNB